Kakai :')

Thurs ( 28/7 )



bila dah tua ni, teringat la cerita2 masa kecik.Kwn baik saya yg pertama ialah kakai. Mse umur 5@6 thun. Die bangsa cina, die satu2 kwn saya mse tu sbb die jiran saya. Mslh utama adalah KOMUNIKASI. Dia ta pernah nak ckp bhs melayu dgn saya. Mula2 satu bnde pun ta phm, tapi lama2, lgpun tadika byk mmbantu, saya pun dpt la phm apa yg die ckp. Kat rumah dia ada dua ekor anjing , satu kecik, satu lg besar nk mam =..= mmg saya takut gile ngan anjing tu sbb die suka nyalak2 n leset kat badan org. tp kakai selalu buat ta endah je, slalu die masuk trus dlm umah and tinggalkan saya terkial kial kat luar rumah. Lps 2 minit baru die kluar pahtu jerit ,” tha pu yau ni de! “ – not sure bout the spelling- lyn je. Haha. (mksd- dia ta nak awak punye).Pahtu die bgi saya 2 keping cheese . muke saya cam org kebulur kot. Ta sempat nak makan, mak die dah bebel. Mak dia ckp , “ ini gila pny budak mkn byk2” . skrg bru saya faham, cheese kan mahal, pahtu kakai bgi plak sorang 2. Mcmna la mak dia tak menyinga.

Kat tadika, kiteorg ta sama kelas. Dia kelas ape pun saya ta tahu. Kat sini, saya rasa, cikgu tadika nilah yg paling grg. Setiap kali dapat homework , kene hantar by hand , siapa yg salah buat, terpaksa la jd santapan rotan yg mempunyai diameter semcm duit syiling 50sen. Dgn uniform tadika yg mcm pkai mini skirt, mmg sedap la kena rotan -..-'' . lagi satu yg saya ta leh lupa, mknn kat situ. Yg paling sdp hingga menjilat meja adalah bubur ayam die. Not sure lah ayam ke, vavi ke .. seyes, im not sure. Tapi mmg SEDAP. Setiap kali waktu rehat, mknn yg paling saya nnti2kan adalah bubur dia. Nyummy! Before bubur tu kluar, mesti bau die dah mencekik hidung saya. Rasa lapar pun terpekik terlolong. Lagi satu mknn adalah biskut bulat kecik2, dan masa sekolah rendah bru saya tahu yg biskut tu actually tak halal. erkk.

Berbalik kpd Kakai , keluarga dia ni pelik. Mak garang menyinga , ayah pulak alcoholic tingkat tinggi. Kesian. Selalu jugak bpk dia bwk saya mkn luar. Tp saya ta brani la join mkn sekali. Sekadar duduk main2 pijak kaki dgn Kakai je. Tapi, malangnye lepas bpk dia kena belasah dgn samseng smpai kepala berdarah, bpk dia jadi kurang siuman@gila. Dia terpaksa masuk hospital gila. Hmm. Ta lame lps tu, Kakai dan mak dia pun pindah blk kampung. Tak salah saya , kampung dia kat Pontian. Pernah dulu saya pikir, saya nak pergi pontian n pergi rumah Kakai sbb rindu nak gaduh dgn dia. Haha. Silly. *sigh :’) 

Until now, im wondering , where is he now. Hidup ke dh ta bernafas ke. Belajar kat mana. Nama sebenar dia apa. Ada Fb ke ta. Dia ta pernah nak blk Johor Jaya ke. Tsk tsk.
He is my first best friend , walaupun komunikasi K.O. , tp kiteorg ttp blh jd kawan baik. And I wonder, die still lari tak bile tgk bulan. Huhu. Die igt bulan tu kejar dia. Haha. Budak kecik en. Miss my friend :’)

wo xiang ni 



0 comments:

Post a Comment